Monday, April 20, 2015

Bilik bahang????

Ok, aku ade 1 masalah nie, agak kritikal jugak la..

Ceritanye bermula camni, lepas kawen, aku menetap kat Sg. Chinchin, Gombak, kt sebuah rumah style "townhouse". "townhouse" ni panggilan orang kt rumah yang sebijik, tapi banyak2 pintu(banyak rumah). Kawasan sini agak padat, keliling rumah ade rumah orang, tapi agak kampung n still dekat dengan kawasan hutan.

Jadi, masalahnye, rumah ni dibuat mungkin dengan bajet murah, jadi die takde ruang udara atas tingkap yang selalu ade kat rumah lame2 tu. Rumah2 baru pon banyak takde sebab nak pakai aircond kot. Satu2nye ruang untuk udara luar masuk ialah tingkap n pintu. Tapi pintu xdapat buka sentiasa.

Jadi, bile pengudaraan xbagus, bilik pon jadi panas n bahang. Terutama malam, sedangkan kat luar sejuk giler sebab kat sini dekat dengan kawasan hutan. Kalau nak buka tingkap n langsir bagi angin masuk, orang ade kat keliling, xmanis lak org nampak dalam rumah, terutama bilik tidur. Kalau pasang kipas pon angin yang sama pusing2 kt situ jugak.

So weekend aritu ade masa free sikit, aku pergi rooftop aku, carik batang ampaian lama yang orang buang. So jumpa ni:



Dah berkarat sikit, tapi kukuh lagi.

Ideanye, aku nak buat senggatan untuk langsir tu jauh sikit dari tingkap, jadi udara boleh mengalir n privasi tetap terjamin.

Dipendekkan cerita, ni hasilnye:


  • Senggatan xdinaikkan




  • Senggatan dinaikkan sikit (adjustable):
 




  • Senggatan naik 90degree, kire position optimum la ni:



Pandangan dari tepi:


Sini boleh nampak ade ruang dalam 1 kaki antara langsir dan tingkap. 

Ni lak camne aku buat mende tu adjustable, ringkas je, cuma gulung tali n letak pemberat:

gulung tali
pemberat

Hasilnye, bahang dalam bilik sangat2 la berkurang, langsir pon xperlu buka sentiasa, jadi better privasi. Tengah hari pon boleh tido dalam bilik, malam tido pasang kipas no1 dah cukup.

Dari segi teori korang g la belajar termodynamic, kenapa lak buat cmni lagi sejuk dari buka langsir?, Sebab, kalau buka langsir, kawasan atas yang terbuka kurang, bawah je yang besar, sedangkan, udara panas ade kat atas, so faham2 la. Haha..

Sunday, April 19, 2015

Linkage Gearless Transmission

Ok, tajuk kali ni agak serius sikit,..

Projek ni asalnye plan untuk buat patent, tapi memandangkan keputusan dari projek ni x memberansangkan sangat, jadi aku just share je la kat blog ni untuk tutup cerita. Ade plan jugak untuk pakai buat jam kat rumah, tapi terlalu kompleks lak.

Jadi ape tu "Linkage Gearless Transmission"?. Ok, mende ni ialah penukar nisbah putaran, dari 2 putaran ke 1 putaran. Macam gear, tapi x pakai gear, cuma pakai "linkage".

Jadi mende ni termasuk dalam kategori Four Bar Linkage. Susah sangat nak cerita, sini aku ade video demo:

2:1 rotation
video 

4:1 rotation

video 

Dalam video tu boleh tengok, untuk  2:1 rotation, 2 kali input pusing baru output pusing 1 kali, untuk 4:1 rotation lak, 4 kali input pusing bru 1 kali output pusing. Ok, senang nak faham kan.

Tapi mende ni xsmooth sebab sebagai four bar linkage die perlu ikut "Grashof condition". Tapi mende ni xfollow betul2 "Grashof condition". Jadi, berita buruknye, simulator2 yang ade xdapat simulate mende ni, jadi aku pon buat simulator sendiri guna processingjs dan javascript.. 

Jadi ni die:




Dalam simulation ni ak letak 3 level trus.




Tapi aku tetap x puas hati kalau hanya simulate je, jadi aku cuba buktikan pakai matematik:

Sebab malas nak tulis balik, sini aku letak je gambar cmne aku buktikan mende tu:





Nanti kalau aku rajin aku terangkan lagi pasal kire2 ni.(janji yg pasti dimungkiri)

Tapi ade 1 lagi problem, output speed x sekata, walaupon kelajuan input sekata, tapi kelajuan output akan jadi gini:





Maknanya kejap die laju n kejap die slow, ni untuk multilevel la, klu tengok line graph:






Jadi memang problem.

Hampir putus asa jugak nak teruskan sebab dari graph tu, nak convert jadi stright line pakai linkage jugak, memang abes sel2 otak pakai. Tapi last2 aku dapat idea, penyelesaiannya, tambah extra linkage untuk normalkan speed die camni:





 

Malas nak terangkan jugak, haha.. Senang nengok je video ni:


video

Dalam ni boleh nampak, bile input 90degree, output 45degree, bile input 180degree, output 90degree dan seterusnye.



Jadi lepas semua analysis, mende ni just tukar ration 2:1, tapi punye la complicatednye, jadi buat masa ni aku x jumpe lagi ape faedahnye. Maka, disimpan la idea ni kat dalam blog ni untuk rujukan masa hadapan. Sekian terima kasih, harap maaf sebab penerangan yang xterang lansung.