Monday, April 20, 2015

Bilik bahang????

Ok, aku ade 1 masalah nie, agak kritikal jugak la..

Ceritanye bermula camni, lepas kawen, aku menetap kat Sg. Chinchin, Gombak, kt sebuah rumah style "townhouse". "townhouse" ni panggilan orang kt rumah yang sebijik, tapi banyak2 pintu(banyak rumah). Kawasan sini agak padat, keliling rumah ade rumah orang, tapi agak kampung n still dekat dengan kawasan hutan.

Jadi, masalahnye, rumah ni dibuat mungkin dengan bajet murah, jadi die takde ruang udara atas tingkap yang selalu ade kat rumah lame2 tu. Rumah2 baru pon banyak takde sebab nak pakai aircond kot. Satu2nye ruang untuk udara luar masuk ialah tingkap n pintu. Tapi pintu xdapat buka sentiasa.

Jadi, bile pengudaraan xbagus, bilik pon jadi panas n bahang. Terutama malam, sedangkan kat luar sejuk giler sebab kat sini dekat dengan kawasan hutan. Kalau nak buka tingkap n langsir bagi angin masuk, orang ade kat keliling, xmanis lak org nampak dalam rumah, terutama bilik tidur. Kalau pasang kipas pon angin yang sama pusing2 kt situ jugak.

So weekend aritu ade masa free sikit, aku pergi rooftop aku, carik batang ampaian lama yang orang buang. So jumpa ni:



Dah berkarat sikit, tapi kukuh lagi.

Ideanye, aku nak buat senggatan untuk langsir tu jauh sikit dari tingkap, jadi udara boleh mengalir n privasi tetap terjamin.

Dipendekkan cerita, ni hasilnye:


  • Senggatan xdinaikkan




  • Senggatan dinaikkan sikit (adjustable):
 




  • Senggatan naik 90degree, kire position optimum la ni:



Pandangan dari tepi:


Sini boleh nampak ade ruang dalam 1 kaki antara langsir dan tingkap. 

Ni lak camne aku buat mende tu adjustable, ringkas je, cuma gulung tali n letak pemberat:

gulung tali
pemberat

Hasilnye, bahang dalam bilik sangat2 la berkurang, langsir pon xperlu buka sentiasa, jadi better privasi. Tengah hari pon boleh tido dalam bilik, malam tido pasang kipas no1 dah cukup.

Dari segi teori korang g la belajar termodynamic, kenapa lak buat cmni lagi sejuk dari buka langsir?, Sebab, kalau buka langsir, kawasan atas yang terbuka kurang, bawah je yang besar, sedangkan, udara panas ade kat atas, so faham2 la. Haha..

1 comment:

Ahmad Anwar Ibrahim said...

terbaik la mad...aku baru tau ko ada blog hahaha...